Bagaimana HalalFide Berfungsi?
Berhubunglah dengan syarikat di seluruh dunia, temui peluang baharu, dan kembangkan perniagaan anda dengan kuasa teknologi!
1
Enjin Carian Syarikat
2
Cipta Permintaan Sebut Harga
3
Quick Deal
4
Chat HalalFide
5
Penentusahan dan Ketelusan
Misi
Di HalalFide, misi kami adalah untuk mentakrifkan semula landskap perdagangan halal dengan menggabungkan tradisi dan teknologi terbaharu.
Kami berusaha untuk melangkau sempadan kemungkinan dengan mencipta satu platform yang memupuk pertumbuhan, mengilhamkan inovasi, dan menghormati nilai-nilai keagamaan Islan.
Visi
Visi kami adalah untuk menjadi peneraju dunia dalam platform perdagangan halal B2B, merubah cara perhubungan dan kerjasama perniagaan.
Enjin Carian Syarikat
_01
Untuk mengembangkan perniagaan halal anda, anda memerlukan rakan kongsi yang berkongsi nilai dan standard anda. Di HalalFide, kami mencipta satu alat yang memudahkan proses ini – Enjin Carian Syarikat kami
ENJIN CARIAN SYARIKAT MEMBOLEHKAN ANDA MENCARI LOJI PERKILANGAN DISAHKAN HALAL DENGAN PANTAS DAN SENANG, BERDASARKAN KATEGORI NEGARA DAN SYARIKAT.
Masukkan kategori negara dan syarikat
Sistem akan serta merta mencari Syarikat yang beroperasi dalam industri halal dalam pengkalan data kami, bagi memberikan anda hasil yang paling relevan.
Dengan HalalFide, penemuan peluang perniagaan baharu menjadi lebih mudah.
Setelah anda memutuskan untuk menyertai HalalFide, syarikat anda akan dimasukkan ke dalam Enjin Carian Syarikat kami.
Mana-mana Syarikat yang mencari rakan kongsi dalam industri atau negara anda akan menjumpai profil anda. Ini bermakna Lebih peluang, lebih tawaran, dan lebih kemungkinan untuk berjaya.
Permintaan Sebut Harga
_02
Ciri permintaan sebut harga yang inovatif di HalalFide akan meletakkan syarikat anda di tengah-tengah arena halal global, serta membuka pintu kepada peluang tak terbatas yang memacu persaingan yang lebih hebat.
Dengan menghantar satu Permintaan Sebut Harga , yang akan menjangkau pembekal berpotensi, anda bakal menerima pelbagai usul. Kemudian anda boleh membandingkan, menilai dan memilih usul yang paling menepati keperluan anda. Anda boleh berunding untuk mendapatkan harga yang lebih baik dan kemudian membentangkannya kepada pelanggan anda. Ini memberikan anda satu kelebihan pasaran, yang membolehkan penawaran harga yang lebih menarik kepada kontraktor anda, tanpa menjejaskan margin.
Dengan memberikan respons kepada satu Permintaan Sebut Harga , anda berpeluang untuk memperluaskan portfolio pelanggan anda serta mengembangkan perniaagaan di dalam dan di luar negara.
Ia juga memberi anda peluang untuk membina perkongsian strategik yang bakal memberikan nilai jangka panjang dan membantu perniagaan anda mencipta kejayaan di pasaran. Membolehkan syarikat anda menonjol dalam persaingan.
Daya saing bukanlah tentang harga semata-mata. Akses kepada pelbagai syarikat di platform HalalFide memberikan anda kesempatan untuk menemukan produk yang lebih bermutu tinggi. Ini membuka peluang untuk anda membina perkongsian strategik yang memberikan nilai jangka panjang serta membantu memantapkan kebolehlihatan perniagaan anda di pasaran.
_03
Quick Deal
Dengan adanya Quick Deal, kos lebihan storan tidak lagi menjadi satu masalah. Daripada menyimpan stok produk yang memerlukan banyak ruang dan sumber berharga, lebih baik anda jual produk tersebut dengan segera dan perolehi pulangan pelaburan yang cepat. Ini bukan sahaja satu penjimatan kos buat anda, bahkan anda boleh mempercepatkan pusingan inventori – satu aspek penting dalam pengurusan inventori yang betul.
Akan tetapi, bukan itu sahaja kelebihannya!
Quick Deal bukan hanya satu mekanisme jualan pantas, tetapi juga satu peluang hebat untuk mempromosikan syarikat dan produk anda.
Dengan menerbitkan satu tawaran, syarikat anda boleh menjangkau pangkalan data besar pelanggan berpotensi, yang akan meningkatkan kebolehlihatan pasaran anda dan membina reputasi sebagai pemain dinamik dalam pasaran halal.
QUICK DEAL BUKAN HANYA SATU FUNGSI SEMATA-MATA – IA MERUPAKAN ALAT STRATEGIK YANG MEMBANTU ANDA MENINGKATKAN DAYA SAING, MENJANA LEBIH HASIL, DAN MENGURUS PERNIAGAAN ANDA DENGAN LEBIH EFEKTIF. TEMUI KUASANYA DI HalalFide
Chat HalalFide
_04
Carian dan hubungan:
Enjin Carian Syarikat membuatkan pencarian syarikat yang anda minati lebih mudah dan pantas.
Hantar mesej peribadi tanpa perlu mencari butiran hubungan. Tidak lagi membuang masa.
Transaksi pantas dengan Quick Deal:
Menyatakan minat anda terhadap Quick Deal tawaran yang diterbitkan oleh syarikat lain
Setelah membincangkan butiran tawaran, sambut minat kontraktor terhadap tawaran Quick Deal anda dengan hanya satu klik.
Pantas dan intuitif Tanpa had. Semuanya daripada komunikator.
Tentukan butiran Permintaan Sebut Harga
Ketahui segala butiran serta tetapkan syarat Permintaan Sebut Harga. Kekal dikemas kini dengan segala keperluan, semuanya di satu tempat.
Hantar dokumen dan foto.
Hantar dokumen, foto, dan fail lain terus ke komunikator untuk memuktamadkan butiran kecil projek. Ini bagi memastikan anda boleh bekerja dengan cekap dan profesional.
Akses data syarikat dari ruangan bual:
Pergi ke akaun kontraktor berpotensi terus dari ruangan bual, bagi menyemak data undang-undang serta memuat turun dokumen yang diperlukan.
Anda juga akan menemui sijil halal Loji Perkilangan di sana. Anda sentiasa tahu dengan siapa anda berurusan.
Semua ini tersedia secara pegun dan mudah alih. Pilihan di tangan anda.
Penentusahan dan Ketelusan
_05
Menyediakan platform yang dipercayai dan selamat untuk semua pengguna adalah keutamaan kami.
Kami menentusahkan dokumen undang-undang seperti nombor identiti cukai, alamat ibu pejabat, dan dokumen lain yang mengesahkan kesahan syarikat.
Kami bukan hanya memeriksa dokumen pendaftaran syarikat tetapi juga menganalisa dengan teliti sijil halal loji perkilangan, serta menghubungi badan pensijilan yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil tersebut untuk penentusahan.
Pengguna berpeluang untuk memuat turun dan menyemak sijil halal dan data undang-undang, dan ini memberikan keyakinan kepada mereka terhadap kesahihan syarikat.
Kami menentusahkan dokumen undang-undang seperti nombor identiti cukai, alamat ibu pejabat, dan dokumen lain yang mengesahkan kesahan syarikat.
Kami bukan hanya memeriksa dokumen pendaftaran syarikat tetapi juga menganalisa dengan teliti sijil halal loji perkilangan, serta menghubungi badan pensijilan yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil tersebut untuk penentusahan.
Pengguna berpeluang untuk memuat turun dan menyemak sijil halal dan data undang-undang, dan ini memberikan keyakinan kepada mereka terhadap kesahihan syarikat.
KETIKA MENGGUNAKAN PLATFORM INI, PENGGUNA TIDAK BOLEH SEWENANG-WENANGNYA MENGHAPUS ATAU MENAMBAH DATA PENTING SYARIKAT TERMASUKLAH SIJIL HALALNYA. SEBARANG PERUBAHAN DATA MESTILAH DIBUAT MELALUI SUNTINGAN PENGURUSAN AKAUN DAN PERLU MENDAPATKAN KELULUSAN DARIPADA PENTADBIR PORTAL. INI MEMBERIKAN IMPAK POSITIF TERHADAP KETELUSAN DAN KREDIBILITI MAKLUMAT.